Bahana Cemburu Suami Dibakar

Bahana Cemburu Suami Dibakar

Sharing is caring!

Akibat cemburu seorang isteri nekad membakar suaminya gara-gara lelaki itu enggan memberikan kata laluan telefon bimbit miliknya.

Laporan Tribun News  kejadian tersebut berlaku di Dusun Montong Bawi, Jerowaru, Lombok Timur di sini pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, Dedi Purnama, 26, ketika itu sedang membaiki atap rumah sebelum isterinya Ilham Cahyani, 25, meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit suaminya.

Bagaimanapun, Dedi enggan memberitahu kata laluan untuk membuka telefon bimbit miliknya malah dia turut memarahi dan memukul isterinya selepas wanita berkenaan terus mendesak untuk memeriksa telefon bimbit itu.

Difahamkan, wanita itu mengesyaki suaminya berlaku curang.

Berang dengan sikap suaminya, Ilham mengambil botol yang mengandungi minyak petrol dan menyiram mangsa sebelum menyalakan api.

Lelaki itu yang terbakar hampir keseluruhan badan berlari keluar rumah sebelum diselamatkan beberapa jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong.

Mangsa yang kelecuran yang serius segera dibawa ke sebuah pusat kesihatan masyarakat untuk rawatan.

Jurucakap polis Jerowaru, Abdurasyid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai isteri yang membakar suaminya kerana enggan memberikan kata laluan telefon bimbit.

“Mangsa dirawat di pusat kesihatan kerana lecur teruk di beberapa bahagian tubuh manakala isterinya telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: