Buaya Gergasi Baham Wanita

Wanita Maut Dibaham Sang Bedal

Sharing is caring!

Seorang saintis wanita maut selepas dibaham oleh seekor buaya peliharaan di kediamannya di Sulawesi Indonesia.

Menurut laporan, wanita tersebut, ketua sebuah makmal menternak mutiara, di Minahasa, Utara Sulawesi, dipercayai diterkam oleh buaya sepanjang 14 kaki itu (4.4 meter) pada Khamis lalu , kata pihak berkuasa.

Menurut jurucakap sebuah agensi pemuliharaan, Hendrik Rundengan, tubuh wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan parah oleh rakan setugasnya pada pagi keesokan harinya.

“Kelihatannya seperti mangsa terjatuh ke dalam kolam buaya,” katanya yang memaklumkan punca sebenar kejadian sedang disiasat oleh pihak polis.

Buaya bernama Merry itu, dikatakan telah membaham sebelah tangan wanita itu dengan bahagian perutnya turut hilang dan dipercayai masih berada dalam tubuh buaya itu.

Buaya besar itu kemudiannya ditenangkan dengan  pelali dan dibawa keluar dari kawasan peliharaannya.

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: