KEJAM ! Dua Dibunuh, Jari Dikerat

Sharing is caring!

Dua mayat ditemui dalam keadaan jari dikerat, justeru itu pihak Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tersebut tampil membantu siasatan.

Kedua-dua mayat warga Bangladesh itu masing-masing ditemui di bawah jambatan Jalan Yew, Kuala Lumpur dan di dalam longkang di Jalan Ulu Yam, Gombak, Selangor.

“Kita minta orang ramai yang ada maklumat untuk tampil bantu pihak polis. Tempat kejadian itu ramai orang lalu, dan kita akan pantau juga rakaman CCTV (kamera litar tertutup)

Tambah Mazlan, setakat ini polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk teman wanita dan juga bekas majikan mangsa. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan laporan itu secara terperinci.

Ahad lalu, dua mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan jari kaki dikerat serta kecederaan pada bahagian muka dan badan.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat dicampak di kawasan berkenaan.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: