Salah Pamer Kereta Mewah?

Salah Pamer Kereta Mewah?

Sharing is caring!

Salah Miliki Kereta Mewah

Pendapatan sebagai pemain bola sepak antarabangsa sememangnya lumayan terutama pemain kelab ternama dunia yang memiliki kehidupan yang mewah dan dicemburui ramai.

Seperti bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah atau Mo Salah yang mempamerkan kereta mewahnya, model Bentley.

Salah dilihat memandu bersendirian di Alderley Edge, Cheshire sewaktu keluar untuk makan tengah hari.

Mengenakan seluar jeans, t-shirt dan jaket, pemain itu kelihatan santai sewaktu melangkah keluar dari keretanya, Salah dilihat mengangkat hoodie jaket yang dipakainya sehingga hampir menutupi wajah.

Dalam perkembangan lain, Pengendali Liverpool, Jordan Henderson memberi amaran kepada peminat pasukan itu yang mengancam untuk membuat sorakan boo kepada Salah dalam perlawanan akan datang.

Menurut Henderson, pastinya Salah tidak terkesan jika menerima sorakan memalukan itu, ia sebaliknya akan menjadikannya lebih kuat untuk membuktikan kemampuannya.

“Jika peminat melakukannya, dia tak akan kisah pun. Itulah mentaliti Mo Salah.

“Dia sangat kuat, saya kenal dia. Lagi ramai yang menentang, lagi kuat dia mahu buktikan mereka yang salah. Saya langsung tak risau mengenainya,” ujar Henderson. – Mirror.UK.

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Mstar

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: