Guru Wanita Hilang : Dijumpai 140km Dari Sekolah

Guru Wanita Hilang : Dijumpai 140km Dari Sekolah

Sharing is caring!

Seorang guru wanita yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu telah dijumpai di Kuala Kangsar, Perak dalam keadaan selamat hari ini.

Nur Farhana Ibrahim, 27 dijumpai kira-kira pukul 4.30 petang kira-kira 140 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Menurut kakak ipar mangsa, Madihah Zawawi, penemuan guru itu dimaklumkan oleh pihak polis Kuala Kangsar kepada keluarga mereka.“Nur Farhana sekarang berada di Balai Polis Kuala Kangsar dan kami sekeluarga sedang dalam perjalanan ke sana.

“Kami amat bersyukur dia telah dijumpai dan kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencarinya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Guru berkenaan yang mengalami masalah kemurungan disedari hilang selepas gagal dihubungi suaminya kira-kira pukul 4.30 petang pada Isnin lalu sebelum mendapati dia tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.

Barangan peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis milik guru itu didapati masih berada di atas meja di bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah selepas kehilangannya disedari. 

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: