Kemelut Tunggakan Gaji : Perlis Hilang 4 Penaja?

Kemelut Tunggakan Gaji : Perlis Hilang 4 Penaja?

Sharing is caring!

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengesahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara susulan kemelut masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan itu.

Walaupun tidak mendedahkan berapa jumlah tajaan terlepas itu, namun difahamkan ia berjumlah jutaan ringgit kerana membabitkan kumpulan penaja utama.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, apa yang menyedihkan adalah perkara itu berlaku ketika perbincangan bersama penaja sudah mencapai tahap 95 peratus dan hanya menunggu untuk menandatangani persetujuan.

“Perlis kosong, tiada apa-apa, tiada siapa nak taja perlis. Tiada apa-apa nilai yang orang boleh taja Perlis, kita buat latihan di Kuala Lumpur semata-mata untuk meyakinkan penaja sebab mereka boleh dekat dengan pemain dan bukan suka-suka untuk buat latihan di sini.

“Nak dapat penaja bukan senang, bukan Perlis saja, semua pasukan. Bila kita hilang penaja walaupun sudah sampai tahap 95 peratus perbincangan, ia satu kerugian buat semua.

“Penaja percaya kepada pengurusan baharu, cuma benda yang berlaku ini menjadi satu benda yang negatif kepada penaja dan kalau kita nak cari penaja yang baru, bukan satu benda yang mudah. Tapi saya bukan individu yang akan berputus asa,” katanya.

Isu tunggakan gaji skuad Singa Utara bukan perkara baharu, namun ia semakin hangat selepas 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL 2) mendakwa mereka terpaksa melakukan kerja lain termasuk menjadi nelayan untuk menyara hidup kerana belum mendapat tunggakan gaji daripada PFA.

Justeru, Ahmad Amizal turut membuka pintu rundingan dengan kumpulan pemain berkenaan bagi menyelesaikan segala kemelut dan bukan hanya berbalas kenyataan di media.

“Saya ambil Perlis dalam keadaan kosong, satu benda pun tiada, jadi saya bukan nak minta pemain, peminat atau masyarakat faham. Tapi saya ambil Perlis dalam keadaan ada hutang dan saya rasa semua orang tahu benda itu.

“Jadi, pada 25 Januari nanti boleh datang jumpa dengan pengurusan dan kita cari jalan terbaik selesaikan salah faham ini. Biarlah perjumpaan itu membabitkan pemain yang mula-mula kami jumpa dulu tanpa ada pihak ketiga atau keempat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ada individu yang betul-betul berminat untuk memikul tugas sebagai Presiden PFA.

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Bharian

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: