Monyet Serang Nenek Sehingga Mati

Monyet Serang Nenek Sehingga Mati

Sharing is caring!

Seorang wanita berusia 60 tahun maut selepas dikejar sekumpulan monyet di rumahnya di Mathura Bazar di daerah Balrampur, Uttar Pradesh, India.

Polis berkata, wanita itu yang dikenali sebagai Savitri Devi dan menantu perempuannya, Renu berehat di balkoni rumahnya sebelum diserang sekumpulan monyet.

Mail Online melaporkan, kedua-dua mangsa segera melarikan diri daripada haiwan berkenaan tetapi malangnya mereka terjatuh ke bawah.

Savitri disahkan maut dilokasi kejadian manakala Renu yang cedera perah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu adalah yang ketiga dalam tempoh beberapa bulan membabitkan monyet yang menyerang manusia hingga menyebabkan kematian.

Seorang wanita, Sanjul Pandey ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang sekumpulan monyet di bandar Agra.

Sebelum itu, seorang bayi berusia 12 hari juga maut selepas digigit seekor monyet.

Kejadian itu mencetuskan perbalahan di India kerana di negara itu monyet adalah haiwan dilindungi dan ia tidak boleh dipindahkan dari habitatnya, ditangkap atau dibunuh.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: