Liga Juara Asia : Cabaran Baru Perak

Liga Juara Asia : Cabaran Baru Perak

Sharing is caring!

Perak harus menggunakan sepenuhnya kelebihan aksi di laman sendiri pada pusingan kelayakan kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Perak pada 12 Februari ini.

Pengendali pasukan, Mehmet Durakovic menegaskan, pemainnya perlu menang untuk mara ke pusingan ketiga, yang menyaksikan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai menanti skuad The Bos Gaurus.

Jika melepasi dua pusingan awal itu, juara Piala Malaysia 2018 itu layak ke pusingan akhir yang akan menyaksikan Perak berada dalam Kumpulan H, bersama Sydney FC (Australia), Kawasaki Frontale (Jepun) dan Shanghai SIPG (China).

Satu lagi wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula layak secara automatik ke peringkat kumpulan atas tiket juara Liga Super dan diundi dalam Kumpulan E.

“Kemenangan ke atas Kitchee amat penting untuk mengatur strategi pada pusingan berikutnya. Saya percaya ia suatu pengalaman baharu buat pemain,” katanya.

“Jadi kami perlu gunakan kesempatan beraksi di depan penyokong sendiri yang saya yakin akan membanjiri stadium nanti. Bukan mudah untuk menewaskan Kitchee, apatah lagi liga di negara mereka ketika ini sedang rancak berjalan.

“Mereka pasti berada pada prestasi terbaik, sedangkan kita baru hendak memulakan saingan liga tempatan.

“Apapun, amat penting untuk kami menempuh pra musim ini dengan baik sebelum aksi pertama menentang JDT dalam Piala Sumbangsih (2 Februari) di Johor,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, bekas jurulatih Selangor itu mengakui gembira dengan komitmen, disiplin dan prestasi yang ditunjukkan pasukannya sepanjang pra musim ini.

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Bharian

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: