Bas ‘Hop-On Hop Off’ Di Ipoh Mac Ini

Bas ‘Hop-On Hop Off’  Di Ipoh Mac Ini

Sharing is caring!

                                                                         Bas Hop-On Hop Off (HOHO) Di Kuala Lumpur

 

Dalam usaha memeriahkan aktiviti pelancongan, Perak akan memulakan operasi perkhidmatan bas persiaran dua tingkat, Hop-On Hop Off (HOHO) meliputi Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya selewatnya Mac ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bas pelancongan berkonsep bumbung terbuka itu akan membawa pengunjung ke lokasi menarik di sekitar Ipoh serta menggalakkan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri itu.

Katanya, operasi perkhidmatan itu akan dikendalikan syarikat swasta dilantik kerajaan negeri dengan pemberian insentif oleh kerajaan negeri untuk memulakan perkhidmatan itu.

“Kami berharap pendekatan ini memberi peluang kepada pelancong mengenali kawasan sekitar Ipoh dengan lebih dekat serta membantu kerajaan negeri menjana ekonomi melalui sektor pelancongan ” katanya hari ini.

 

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: