Promosi Masakan Babi : MAS Digesa Lebih Peka

Promosi Masakan Babi : MAS Digesa Lebih Peka

Sharing is caring!

Baru baru ini tular di media sosial berkenaan iklan mempromosi makanan dan gambar daging babi yang melibatkan syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Susulan itu pelbagai pihak membantah promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. (MAS), Going Places keluaran Januari 2019.

Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah berkata, iklan yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings itu jelas menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan pelanggan MAS yang utama.

“Apakah MAS yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan?

“Pihak MAS perlu prihatin dan peka dengan sensitiviti umat Islam, paparan gambar daging steak babi dalam iklan tersebut amatlah menggusarkan umat Islam. Apakah tiada lagi makanan lain yang boleh diiklankan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, jelas beliau, MAS perlu meminta maaf kepada umat Islam dan perlu memastikan perkara tersebut  tidak lagi berulang

Jangan lupa like kami di Facebook

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: