Najib Ajar YB Kerajaan Buat Group Whatsap

Najib Ajar YB Kerajaan Buat Group Whatsap

Sharing is caring!

Melihat kepada kecelaruan yang timbul dalam kalangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tunjuk ajar cara menubuhkan kumpulan WhatsApp bagi mengelakkan negara menjadi kucar-kacir.

Hal itu rentetan kepada tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang dikatakan membaca ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tanpa kebenaran dalam satu majlis hari ini.

Menurut Najib, teks ucapan yang dibaca Rashid dalam pelancaran projek pemasangan fiber gantian optik terbesar itu tidak pernah diluluskan Timbalan Perdana Menteri mahupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut. Dr. Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (EM-IIG).

“Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh salah guna nama Timbalan Perdana Menteri dalam majlis pelancaran projek swasta? Maka negara bertambah kucar-kacir,” katanya menerusi status dalam laman Facebook beliau hari ini.

Najib turut melampirkan tangkap layar gambar untuk menunjukkan cara-cara menubuhkan kumpulan WhatsApp dalam status tersebut.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: