Jersi Baharu Perak : Meletop Chorr…

Jersi Baharu Perak : Meletop Chorr…

Sharing is caring!

Malam tadi berlangsung majlis memperkenalkan skuad Perak untuk saingan Liga Malaysia 2019 selain pelancaran kit terbaharu yang akan digunakan Perak musim ini.

Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu peminat setia kejor yop kejor itu turut meriah dengan peragaan jersi baharu yang pada tahun ini ditaja oleh syarikat Umbro.

Perak mengekalkan 3 pemain import musim lepas iaitu Leandro Dos Santos, Wander Luiz dan Gilmar Jose Da Silva selain turut mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan PKNS FC kelahiran Australia, Zac Anderson.

Jersi baharu Perak kali ini agak unik kerana tidak akan memaparkan sebarang logo penaja, tetapi terdapat mesej tertulis ‘Save Water’ dan ‘Quit Smoking’ pada sisi hadapan jersi.

Jersi Perak 2019 – sumber foto semuanya BOLA

Perak juga bakal memperkenalkan jersi khas bagi saingan kelayakan Liga Juara Asia nanti yang bagaimanapun belum ditetapkan tarikhnya.

Pada majlis yang berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh tersebut juga peminat dapat melihat secara dekat trofi Piala Malaysia yang dimenangi Perak musim lepas.

Sumber : Perak Today

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: