Benarkah cengkerik kencing? atau pun korang kena kencing?

Benarkah cengkerik kencing? atau pun korang kena kencing?

Sharing is caring!

Ikut kajian memang YA…

Ini antara beberapa sebab cengkerik mengeluarkan air atau kencing :

  • Cengkerik kencing untuk mengeluarkan cecair berlebihan semasa mereka minum (macam kita la…banyak minum..banyak ler kite kencing).
  • Untuk mengeluarkan asid amino yang tak perlu dari tubuh mereka.
  • Dalam tanah, mereka boleh guna cecair yang berlebihan untuk membantu melembabkan tanah dan ruang sel mereka.
  • Dalam sesetengah kes, mereka kencing atau keluarkan cecair tersebut untuk elak serangan semut.

Kencing cengkerik tidak berbau busuk macam kencing kita…bau macam air hujan je…sebab tu untuk kes yg jadi kat Kelantan tu bau petai, sebab cengkerik tu makan cecair pokok petai..tu yg bau petai..ha3

Ada kajian menyatakan, sesetengah cengkerik ada yang kencing diorang memang banyak dan ‘lebat’ macam ada spesis kat kawasan Asia Tenggara (umbrosa Chremistica) …kat Malaysia pun ye la tu…sampai kalau lalu bawah pokok yang cengkerik tengah kencing tu kena pakai payung…kalau tak, lenjun laa..

Persoalannya…. SANGGUPKAH ANDA LALU BAWAH POKOK TADAH KENCING CENGKERIK???? Tepuk kepala jawab sendiri…hahaha

*boleh rujuk video…main pancut-pancut plak deme ye…kih kih kih

Sumber : Cicada Mania

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: