Berjaga 38 Hari Di Kubur Anak, Percaya Anak Akan Hidup Semula

Berjaga 38 Hari Di Kubur Anak, Percaya Anak Akan Hidup Semula

Sharing is caring!

Demi anak tercinta dan dengan harapan si mati akan kembali hidup, seorang lelaki sanggup tinggal selama 38 hari di sisi kubur anaknya itu selepas diarahkan oleh seorang mahaguru agama.

Lapor media tempatan, Thuppakula Ramu yang berasal dari sebuah kampung di wilayah Andra Pradesh, India berkawal siang dan malam di sekitar kubur terbabit kerana mahaguru yang dipercayainya berkata anaknya mampu dihidupkan semula dengan amalan yang diajarkan.

Nasihat palsu itu turut dibayar dengan sejumlah wang.

Sejurus dimaklumkan situasi menjengkelkan itu, polis telah ke kawasan kubur dalam usaha memujuk lelaki yang dikenali sebagai Thuppakula Ramu, 55, itu untuk pulang.

Lelaki itu akhirnya berjaya dipujuk tetapi masih yakin anaknya masih mampu dihidupkan semula.

Anak Ramu, T Srinivasulu, 26, meninggal dunia akibat selesema burung di hospital lebih sebulan yang lalu.

Polis bagaimanapun tidak mengambil tindakan terhadap mahaguru terbabit kerana tiada laporan polis dibuat oleh Ramu.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: