Maklum balik kampung kepada PDRM melalui aplikasi VSP

Maklum balik kampung kepada PDRM melalui aplikasi VSP

Sharing is caring!

Orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, mereka boleh memaklumkan kepada bilik gerakan PDRM di setiap daerah untuk pemantauan menerusi sistem aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata sistem itu akan dihubungkan ke semua bilik gerakan polis daerah dan kontinjen.

“Melalui maklumat yang diberikan di VSP itu membolehkan polis membuat pemantauan dan rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit,” katanya dalam sidang media selepas majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Sumber : Bernama

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: