Qatar Lakar Sejarah Juara Piala Asia Buat Kali Pertama [Video]

Qatar Lakar Sejarah Juara Piala Asia Buat Kali Pertama [Video]

Sharing is caring!

Qatar muncul juara Piala Asia buat pertama kali selepas menewaskan Jepun 3-1 di Stadium Zayed Sports City.

Penyerang Qatar Almoez Ali membuka jaringan sepakan gunting pada minit ke-12 untuk gol kesembilannya di kejohanan kali ini, mengatasi rekod Ali Daei dari Iran yang menjaringkan lapan gol pada edisi 1996.

Abdulaziz Hatem menambah jaringan pada minit ke-27 untuk meletakkan Qatar selesa di depan pada babak pertama sebelum Takumi Minamino merapatkan jurang pada minit ke-69.

Qatar bagaimanapun mengesahkan kejuaraan menerusi Akram Afif yang menyempurnakan sepakan penalti tujuh minit sebelum tamat permainan.

Qatar tidak pernah mara melebihi peringkat suku akhir Piala Asia sebelum ini, tetapi menjaringkan 16 gol tanpa balas dalam laluan ke final tahun ini dan mencatat rekod enam kemenangan bersih.

Video :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: