The Bos Gaurus : Ini Malam Kita Punya

The Bos Gaurus : Ini Malam Kita Punya

Sharing is caring!

Pertemuan Piala Sumbangsih sabtu ini, skuad Perak berjanji akan memberikan saingan sengit sekaligus cuba merampas piala yang kini berada dalam dakapan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Ketua jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic berkata, meskipun tugas itu bukan mudah untuk menundukkan juara Liga Super lima kali itu, namun pasukannya tetap yakin mampu mengatasi segala kemungkinan.

Tekad Perak rampas Piala Sumbangsih malam ini

“Kami sudah sedia mental dan fizikal untuk perlawanan malam esok, kita mesti dapatkan tiga mata penuh,” katanya pada sidang akhbar sebelum perlawanan di Johor Bahru.

Mehmet mengakui kekuatan Harimau Selatan apabila bermain di padang lebih-lebih lagi bermain di laman sendiri namun yakin pasukannya yang dibarisi ramai pemain muda berbakat bakal cipta kejutan.

Perak akan turun menentang JDT esok bagi memulakan saingan Liga Malaysia musim ini di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin.

Sumber : Kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: