Piala Sumbangsih : Bukan Malam Perak

Perak Hampa Di Larkin

Sharing is caring!

Perak gagal merampas Piala Sumbangsih 2019 selepas tewas tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Gol skuad Harimau Selatan hasil jaringan penyerang importnya Gonzalo Cabrera pada minit ke-40.

Perak yang merupakan juara Piala Malaysia 2018, dilihat gagal menyaingi JDT khususnya  di separuh masa pertama dan lebih banyak bertahan.

Ketiadaan penggempur utama, Gilmar yang digantung perlawanan amat dirasai dengan barisan serangan yang tampak tumpul sepanjang perlawanan.

Kemenangan itu sekali gus memberikan tiga mata pertama kepada JDT pada aksi pembukaan Liga Super ini.

Jadual seterusnya Perak akan bertemu Kedah di Ipoh untuk perlawanan kedua Liga Super dan sesuatu perlu dilakukan skuad The Bos Gaurus untuk mendapat mata penuh pertama tahun 2019 ini.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: