Gajah ‘masuk’ Pusat Pemulihan Dadah

Gajah ‘masuk’ Pusat Pemulihan Dadah

Sharing is caring!

GEMPAR bila 20 ekor gajah liar menceroboh Pusat Rawatan dan Pemulihan Narkotik (CCRC) Kota Tinggi, hari ini, dipercayai untuk mencari makanan.

Difahamkan, gajah berkenaan mula menceroboh perkarangan CCRC berikutan hutan berhampiran mula ditebang untuk pembangunan.

Ia adalah kali kejadian kedua dalam tempoh empat hari, selepas kumpulan gajah menceroboh kawasan Kampung Bukit Lintang, Lukut, untuk mencari makanan, Jumaat lalu.

Difahamkan, kumpulan gajah itu menceroboh perkarangan CCRC kira-kira jam 3 pagi dengan merosakkan pagar dan mula memakan tanaman di pusat berkenaan.

Pusat Rawatan dan Pemulihan Narkotik (CCRC) Kota Tinggi yang diceroboh gajah liar semalam

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kira-kira jam 10.50 pagi, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, Jumaat lalu, sekumpulan gajah liar menceroboh masuk Kampung Bukit Lintang, Lukut dan merosakkan pelbagai tanaman termasuk pisang dan kelapa sawit.

Paling membimbangkan haiwan berkenaan hanya dua meter dari rumah penduduk.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: