Niat Nak ‘Jalan-Jalan’ Terbantut Kena Cekup

Niat Nak ‘Jalan-Jalan’ Terbantut

Sharing is caring!

Hasrat sekumpulan warga asing untuk ‘jalan-jalan’ pada cuti umum sempena Tahun Baharu Cina tidak kesampaian apabila mereka dicekup oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, hari ini.

Mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen di sekitar parkir bas, Penang Sentral.

Ketika ditahan, kebanyakan mereka memberitahu mengambil peluang cuti umum untuk ke Georgetown bertemu rakan selain sekadar bersiar-siar.

Mereka adalah antara 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigiresen dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Operasi terbabit dilakukan hasil risikan daripada maklumat awam berikutan ramai warga asing yang mengambil kesempatan cuti umum untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Pulau Pinang), Izham Idris berkata, dalam operasi itu seramai 976 warga asing diperiksa.

Katanya, PATI yang ditahan itu terdiri daripada 59 lelaki dan 11 wanita berasal dari Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan India.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: