Liga Super 2019 : Apa Strategi Perak Esok?

Liga Super 2019 : Apa Strategi Perak Esok?

Sharing is caring!

Esok akan berlangsung perlawanan kedua Liga Super 2019 yang mana skuad The Bos Gaurus akan menanti kunjungan Kedah di Ipoh.

Luka kekalahan di  bumi Larkin tempohari masih terasa namun diharap para pemain Perak mampu menjadikan kekalahan lalu sebagai pembakar semangat untuk mengatasi skuad Lang Merah di laman sendiri.

Kedah masih segar dengan kemenangan mengatasi team ‘adik’ PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Sabtu lalu dan pastinya mempertaruhkan gandingan pemain import baharu mereka Jonathan Bauman dan Fernando Ortega yang mempamirkan aksi memikat di laman lawan.

Tidak dibuai dengan rekod lalu dimana Kedah pernah menewaskan Perak 2-0 dalam aksi Piala Perisai Perpaduan di Alor Setar awal bulan lalu, pastinya aksi kali ini amat berbeza. Tambahan Perak bermain di laman sendiri dan seharusnya anak didik Mehmet Durakovic mampu menceriakan puluhan ribu penyokong tuan rumah yang dijangka membanjiri Stadium Perak malam esok.

Mehmet seharusnya mempunyai strategi paling ampuh untuk mendiamkan penyokong Lang Merah di Ipoh. Bahagian serangan perlu dipertajamkan dengan corak hantaran tepat dan pantas yang pastinya mampu membuat barisan pertahan Kedah kucar kacir.

Bahagian tengah yang dikawal Brendan Gan dan Leandro seharusnya mampu menghadirkan strategi kawalan permainan yang berkesan disamping hantaran-hantaran berbahaya. Manakala di bahagian pertahanan Perak yang diketuai Shahrul Saad diharap mampu mengekalkan konsentrasi dan formasi utuh tika berhadapan penyerang lincah Kedah.

Stadium Perak bakal dibanjiri puluhan ribu penyokong malam esok…moh kome

Perak juga mendapat khabar gembira dengan tonggak serangan Gilmar kini boleh beraksi untuk  mempamirkan aksi sebenar dan memastikan selayaknya selaku Juara Piala Malaysia 2018 Perak mampu raih 3 mata mutlak.

Ayuh yob yong sekelian…moh kita turun ghamei-ghamei..nyokong team kite…ujan ke panas ke…jangan pedulik..yg penting solat jangan lupa…surau stadium dh lawa…kejor yop kejo..

Pssstt..psst..dengo kata tiket free..betui ke?

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: