Salji Mencair Di Bumbung, Tanda Ladang Haram Dalam Rumah?

Sharing is caring!

Salji tebal dan suhu membeku adakalanya mendatang masalah, namum cuaca sejuk dengan salji sebenarnya boleh membantu polis menjejaki penjenayah.

Baru-baru ini pihak polis Polis Kingsbridge di wilayah Devon berkongsi gambar sebaris rumah teres yang bumbungnya dilitupi salji putih kecuali pada bumbung sebuah rumah.

Anggota polis telah menyerbu kediaman tersebut berpandukan petanda itu dan menemui barisan pokok ganj a ditanam di dalam rumah berkenaan menggunakan lampu pemanas.

“Jika anda melihat keadaan seperti ini (bumbung tanpa salji), segera maklumkan kepada kami,” tulis polis Kingsbridge dalam media sosial bersama gambar yang diambil ketika musim sejuk tahun lalu itu.

Britain telah meluluskan penggunaan kanabis untuk rawatan penyakit, namum masih banyak ladang haram beroperasi di seluruh negara itu.

Sumber : mirror.co.uk

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: