
Seekor kucing boleh digelar ‘Captain America’ versi realiti bila ditemui dalam keadaan beku di bawah timbunan salji telah berjaya diselamatkan oleh sepasukan doktor haiwan.
Kucing tersebut, Fluffy, yang tinggal di Kalispel, Montana ditemui oleh pemiliknya di luar rumah dengan bulu yang dipenuhi gumpalan salji dalam suhu -8C.
Kucing malang tersebut segera dikejarkan ke klinik veterinar.
Selama hampir 2 jam, doktor veterinar di Klinik Veterinar Kalispel, Dr Jevon Clark dan pasukannya berusaha menyelamatkan kucing tersebut yang ketika itu tidak langsung memberi sebarang respon.
Mereka menggunakan selimut panas untuk menyedarkan kucing tersebut, namun masih tidak berjaya menaikkan suhu badannya.
Akhirnya ia terpaksa dibawa ke bilik kecemasan untuk tindakan lanjut. Selepas beberapa lama barulah kucing tersebut mula sedar dengan suhu badannya mula naik dan menunjukkan perubahan positif.

Berita mengenai kucing ‘ajaib’ itu tular setelah dimuatnaik melalui akaun Facebook klinik haiwan tersebut dan mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
Menurut satu komen “Ini satu keajaiban dan juga tindakan pantas pemiliknya, dan doktor veterinar yang sangat luar biasa!! Kucing ni dah gunakan satu dari sembilan nyawanya, dia sangat bertuah dirawat oleh mereka yang hebat ”
Masing-masing memuji kecekapan doktor veterinar di klinik itu dan berharap kucing tersebut segera sembuh.
Sumber : mirror uk
Ikuti kami di :