Tampar, Tumbuk, Tendang Dan Ugut Bunuh Isteri Hanya Kerana Suruh Hantar Anak Ke Sekolah

Tampar, Tumbuk, Tendang Dan Ugut Bunuh Isteri Hanya Kerana Suruh Hantar Anak Ke Sekolah

Sharing is caring!

Berang apabila disuruh oleh isteri menghantar anak ke sekolah, suami tergamak membelasah isterinya.

Suspek yang berumur 38 tahun juga mengugut membunuh isterinya dengan menggunakan pisau.

Permintaan isteri menjadi perselisihan faham yang membawa kepada pergaduhan yang diluar kawalan. Suspek bertindak menampar muka, menumbuk kepala dan menendang isterinya.

Suspek juga mengugut mahu membunuh isterinya menggunakan pisau dapur. Menurut mangsa, suaminya  mengejarnya dengan pisau namum berjaya menyelamatkan diri.

Susulan dari kejadian tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan membuat laporan di Balai Gong Badak.

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan terhadap terduduh.

Tertuduh, Mohd Shahril Md Ross, 38 tahun, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: