Hilang Ketika Selamatkan Pikap Terjunam Dalam Sungai [Video]

Hilang Ketika Selamatkan Pikap Terjunam Dalam Sungai [Video]

Sharing is caring!

Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Difahamkan, mangsa Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.

Selain Bari, dua lagi lelaki turut terlibat menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat. Lima penumpang dalam kenderaan itu juga turut selamat.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi SAR di sekitar lokasi kejadian ketika berita ditulis.

Video :

Sumber : Bernama

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: