Kereta Terbalik Dan Terbakar, Mujur Sempat Keluar [Video]

Sharing is caring!

RAKAMAN kemalangan kereta Toyota Vios di Kilometer 124 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Pagoh, Muar, Sabtu 9 Februari 2019 tular di media sosial.

Kereta tersebut terbabas dan terbakar, hampir meragut nyawa dua individu yang berada dalam kenderaan tersebut.

Ia bermula apabila kenderaan berwarna putih itu dilihat hilang kawalan, melanggar pembahagi jalan, terbalik beberapa kali  dan terbakar di atas jalan berkenaan.

Mujur Sempat Keluar

Tidak lama kemudian kelihatan dua individu keluar dari bahagian hadapan untuk menyelamatkan diri meskipun kereta dinaiki mereka sedang terbakar.

Kebakaran itu mengakibatkan kenderaan berkenaan musnah 95 peratus, selain seorang wanita cedera : Pihak Bomba

Kelangan tersebut menyebabkan kesesakan sepanjang 11 kilometer ke arah selatan dan dua kilometer di arah utara.

Video kereta terbabas dan terbakar :

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: