Perak vs Kedah : Isu Pengadil Curi Tumpuan

Perak vs Kedah : Pengadil Cuti

Sharing is caring!

Selain pemberian tiket percuma kepada penyokong, insiden pengadil tiba-tiba cedera menjadi topik utama dalam pertemuan Liga Super, Perak menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh lebih 25,000 penyokong tersebut, pengadil perlawanan Hamdan Awang terpaksa menghentikan permainan pada minit ke 60 apabila  mengalami kecederaan di bahagian kaki dan terpaksa keluar padang untuk mendapatkan rawatan.

Perlawanan tertangguh lebih 20 minit sebelum disambung semula dengan pembantu pengadil 2, Mohd Shahreen Omar menggantikan Hamdan setelah beliau masih gagal meneruskan tugas. Situasi sedikit tegang sebelum pengadil gantian dipilih namun hasil perbincangan, persetujuan dipilih untuk meneruskan perlawanan menggunakan pengadil 2.

Insiden pengadil mengalami kecederaan menghentikan seketika permainan malam tadi

Dalam pada itu, Perak gagal mengekalkan kelebihan satu gol apabila diikat Kedah dengan jaringan penyamaan hanya 3 minit berselang.

Perak mendahului melalui volley cantik pemain tengah Brendan Gan pada minit ke-18, sebelum pemain import Kedah Renan Da Silva Alves meledak gol hasil kegagalan penjaga gol Perak, Mohd Hafizul Hakim menangkap kemas bola sepakan percuma Badrol Bakhtiar pada minit ke 21.

Babak kedua menyaksikan perlawanan terhenti dengan insiden penggantian pengadil sebelum disambung dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun keputusan 1-1 kekal hingga akhir perlawanan.

Dengan keputusan seri, Perak kini berada di kedudukan ke-9 manakala Kedah melonjak ke tangga kedua liga.

Perak patut contohi Kedah, macamana mereka dapatkan pemain import yang berbahaya, mampu cipta peluang dan jaring gol. Pemain import Perak perlu tingkatkan prestasi tambahan pula 12 Feb ni ada game penting kelayakan Asian Champion League (ACL) lawan Kitchee FC. Team yang penuh dengan pemain naturalisasi. Tak kena gaya boleh bungkus awal.

Untuk game semalam, Perak main dah ok cuma belum cukup padu kalau nak bersaing di ACL. Harap coach Mehmet dapat melakukan sesuatu dengan strategi baharu untuk dapat keputusan positif dalam perlawanan dengan Kitchee FC nanti. Jangan asyik puas hati aje, penyokong banyak yang tak puas hati rasanya hahahaha.

Bermain di tempat sendiri, Perak harus guna kelebihan yang ada. Penyokong pulak kena terus datang beri sokongan, jangan tunggu ada tiket free baru nak penuhkan stadium. Jangan orang cakap jadi ‘Bangsafree’  pulak. Ape pun moh kite..bagi sokongan padu pada team kite.. Kejor Yop Kejor..

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: