Daging Babi dan Arak Jadi Hidangan Orang Islam

Daging Babi dan Arak Jadi Hidangan Orang Islam

Sharing is caring!

Portal Mail Online melaporkan, di wilayah autonomi Ili Kazakh, Xinjiang, penduduk islam mendakwa dipaksa menjamah hidangan masakan daging ba­­­bi dan arak di majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina, serta di­­ugut untuk dimasukkan ke dalam kem tahanan jika menolak untuk menyertai majlis tersebut.

Radio Free Asia atau RFA juga mendedahkan menerima gambar menunjukkan pegawai kerajaan China di bandar Yining mengunjungi kediaman penduduk Islam dan mengedarkan daging babi mentah.

Meskipun kebanyakan penduduk di wilayah autonomi tersebut ti­dak meraikan Tahun Baharu Cina, mereka dipaksa menghias luar kediaman mereka dengan hiasan Tahun Baharu Cina berwarna merah.

Seorang penduduk mem­beritahu kepada RFA, masya­rakat Kazakh di Xinjiang tidak makan daging babi dan minum arak serta merayakan Tahun Baru Cina.

“Kami merayakan Aidilfitri dan Aidiladha. Ta­hun Baharu Cina adalah untuk masyarakat Cina dan penganut Buddha. Jika kami tidak menggantung tanglung, kami diugut untuk dihantar ke kem tahanan,” katanya.

Jurucakap Kongres Uighur Se­dunia, Dil­xat Raxit yang memaklumkan, kerajaan China ki­ni meningkatkan kempennya untuk mengasimilasikan penduduk Uighur dengan budaya masyarakat Han serta memaksa mereka meraikan Tahun Baharu Cina.

“Penduduk Uighur dipaksa minum arak dan makan daging babi bagi menunjukkan budaya masyarakat Han tidak mengamalkan kepercayaan agama yang ketat,” jelasnya.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, ChinaAid mendakwa penduduk Islam di Xinjiang dipaksa me­raikan sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari tahun lalu. Selain itu laporan juga mendakwa pihak berkuasa di Urumqi iaitu ibu kota Xinjiang melancarkan kempen menentang produk halal pada Oktober.

Kira-kira sejuta penduduk Uighur dan beberapa etnik beragama Islam yang lain ditahan dalam kem tahanan yang didakwa China sebagai ‘sekolah pendidikan vokasional’. Ia mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa yang kebanyakannya ragu-ragu dengan niat sebenar China.

Masyarakat islam dipaksa makan daging babi dan minum arak

Terdapat laporan yang mendedahkan tahanan dipaksa makan da­ging babi serta minum arak di kem tahanan tersebut.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: