Kanak kanak Hilang : Mayat Ditemui Tanpa Organ

Kanak kanak Hilang : Mayat Ditemui  Tanpa Organ

Sharing is caring!

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak hampir 2 minggu lalu terjawab dengan penemuan mayat kanak-kanak perempuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan petang semalam.

Menyedihkan, mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dengan tangan dan kakinya diikat selain organ dalamannya hilang.

Ia ditemui oleh beberapa penduduk kampung selepas dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu.

Ibu mangsa telah dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut ibu mangasa, Zaleha Abdullah,35, anaknya ditemui dengan tangan dan kakinya diikat selain mayatnya dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai.

Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Basikal dipercayai milik mangsa

Menceritakan saat anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera namun gagal.

Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Menurut Zaleha, anak ketiga daripada empat beradik itu seorang anak yang periang dan ceria.

“Mengapa ada yang tergamak lakukan perkara kejam begini kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.

Seorang penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan mayat Siti Masyitah.

Katanya, kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.

Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan sisatan masih dijalankan.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: