Lembu “Shopping” Di Pasar Raya [Video]

Lembu “Shopping” Di Pasar Raya

Sharing is caring!

Pelanggan di sebuah pasar raya dekat sini terkejut melihat empat ekor lembu yang kelaparan menceroboh masuk ke premis itu dan memakan sejumlah produk sayur dan buah-buahan yang dijual. Kejadian dilaporkan di Hong Kong.

Tiga ekor lembu jantan liar itu dirakam kamera keselamatan memakan buah epal, pear dan ceri serta sayur-sayuran di rak bahagian sejuk di kedai Fusion di pekan Mui Wo di pantai timur Pulau Lantau malam Khamis lalu sebelum beredar selepas kenyang.

Kakitangan pasar raya tersebut hanya menghubungi pihak berkuasa dan tidak cuba menghalau sendiri kawanan lembu liar itu. Mereka kemudian melupuskan produk yang rosak dan tercemar sebelum membersihkan kawasan terjejas.

“Kasihan lembu-lembu itu, ia mesti sangat lapar dan terdesak,” komen seorang netizen sebaik rakaman kejadian tersebut dikongsi melalui Facebook.

Akhbar Hong Kong, South China Morning Post melaporkan Pengerusi Persatuan Lembu Lantau, Ho Loy berkata, kejadian pelik itu menunjukkan kesukaran dihadapi lembu liar di sekitar kawasan tersebut yang terjejas akibat kemusnahan habitat.

Video :

 

Sumber : www.asiatimes.com

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: