Liga Juara- Juara Asia : Aksi Perak – Kitchee Malam Ini !

Liga Juara Asia : Perak Idam Matikan Langkah Kitchee

Sharing is caring!

Malam bakal ini melakar sejarah baru buat bolasepak Negeri Perak, apabila Perak akan membuat perhitungan dengan Kitchee SC dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 di Stadium Perak, Ipoh.

Kali terakhir Perak mengharungi kejohanan peringkat Asia adalah pada tahun 2008 dalam Piala AFC dan layak hingga ke peringkat suku akhir. Pada tahun tersebut juga Kitchee SC merupakan salah satu pasukan yang berada dalam kumpulan yang sama dengan Perak.

Untuk rekod, pertemuan peringkat kumpulan menyaksikan Perak menang dalam aksi di Ipoh dan seri di Hong Kong.

Namun aksi kali ini amat berbeza kerana bermain dalam kelayakan Liga Juara Asia. Pasukan Kitchee SC juga tidak seperti dahulu dengan kini menampilkan ramai pemain naturalisasi dan import yang berkualiti tinggi.

Dengan prestasi semasa Kitchee SC yang kini berada di kedudukan keempat dalam Liga Hong Kong, ia membuktikan kekuatan mereka yang perlu diberi perhatian oleh anak-anak buah Mehmet Durakovic.

Liga Hong Kong juga telah memasuki perlawanan ke-10 berbanding MSL hanya baru dua perlawanan dengan menunjukkan Kitchee sememangnya bersiap sedia dalam perlawanan kompetitif  seperti ini.

Pemain Kitchee menjalani latihan di Stadium Perak semalam. (Sumber FB Kitchee SC)

Perak seharusnya menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri kali ini untuk memberi persembahan terbaik seterusnya menghasilkan keputusan yang positif. Kekalahan masih boleh diterima oleh penyokong setia memandangkan Perak baharu hendak merasai suasana perlawanan antarabangsa setelah sekian lama berbanding Kitchee, namun aksi terbaik diharap mampu dijelmakan dengan memberi saingat sengit kepada pihak lawan. Apa pun keputusan yang positif masih dituntut untuk dihasilkan.

Masalah kecederaan bukan alasan berikutan semua pemain yang berada dalam prestasi harus diberi peluang merasai nikmat bermain dalam pusingan kelayakan ini. Ianya satu pengalaman berharga di samping membawa nama Malaysia di peringkat Asia.

Adakah malam ini akan jadi ‘malam ini kita punya’? Atau masih seperti malam-malam sebelumnya…hampa di tangan JDT dan Kedah…apa pun kita harap aksi terbaik dari kedua-dua pasukan..

Ayuhhh yobs yongs sekelian..moh kite turun ke stadium…jangan tunggu tiket free aje..bukan selalu dapat tengok team luar bermain kat stadium kita….kita penuhkan setiap ruang kosong..bagi semangat dekat pemain kita…moga aura final Piala Malaysia masih tersisa untuk dibawa ke peringkat ACL seterusnya…

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: