Liga Juara Asia : Ini Memang Malam Perak

Liga Juara Asia : Ini Memang Malam Perak

Sharing is caring!

Perak mara ke pusingan ketiga AFC Liga Juara Juara Asia 2019 setelah mencatat kemenangan menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee SC di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Skuad kendalian Mehmet Durakovic itu menang menerusi sepakan penalti 6-5 setelah seri satu sama dalam masa sebenar dan tambahan masa 30 minit.

Perak bermula garang dengan beberapa percubaan ke arah gawang gol Kitchee namun dinafikan penjaga gol dan penyudah lemah.

Namun kebuntuan jaringan berjaya dileraikan pada minit ke-14 menerusi Wander Luiz.

Seterusnya aksi berbalas serangan ditampilkan kedua-dua pasukan namun tiada tambahan jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan langkah kiri buat Kitche SC apabila pemainnya, Matthew Smith dilayangkan kad merah akibat menampan bola menggunakan tangan berhampiran kotak penalti Kitchee.

Namun aksi masih seimbang biar pun Perak banyak mengasak. Sehingga minit ke 88, Kitchee memperolehi gol melalui pemain pertahanannya, Li Ngai Hoi.

Tamat perlawanan 1-1 dan  di masa tambahan juga buntu untuk kedua dua pasukan terutama Perak yang lebih menguasai perlawanan dengan cubaan cubaan berbahaya yang memaksa penjaga gol Kitchee bekerja keras.

Seterusnyae perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Sepakan penalti Leandro hampir membuatkan lebih 8600  penonton senyap seketika kerana mudah ditangkap penjaga gol lawan, Wang Zhenpeng.

Namun selepas itu, Hafizul Hakim menjadi wira apabila berjaya menidakkan sepakan Dani Cancela untuk kekal mengikat kedudukan 5-5.

Seterusnya Kenny Palraj berjaya menyudahkan sepakan penalti ke 6 untuk membawa Perak mara ke peringkat seterusnya.

Antara penyokong Perak yang hadir malam tadi

Pusingan ketiga Perak akan bertemu kelab dari Korea Selatan Ulsan Hyundai FC di Korea pada 19 Februari ini.

Malam td Perak agak struggle walaupun main dengan 10 orang…sepatutnya peluang diguna utk tambah gol…Kitchee pun indah khabar dari rupa..xde la best game deme walaupun penuh pemain mat saleh dalam tu…bagus lg jdt or kedah…maybe sbb pemain tak biasa main cuaca kt Malaysia kot…apa pun kena improve kalo nk dapat keputuan positif lawan Ulsan nanti…kehadiran penyokong mengecewakan…tunggu tiket free kot…hahaha

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: