Polis Tahan Suspek Samun & Belasah Wanita Dalam Lif

Polis Tahan Suspek Samun & Belasah Wanita Dalam Lif

Sharing is caring!

Polis telah menahan suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di stesen aliran transit massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas.

Berdasarkan maklumat diterima, suspek ditahan di Taman Cheras, Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Unit D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 8.10 malam Isnin.

Menurut polis, suspek, seorang lelaki India warga tempatan berumur 26 tahun akan direman pada pagi selasa.

Hasil siasatan polis, suspek didapati telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira jam 6.30 pagi hari yang sama, berhampiran stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa di dalam lif.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 48 tahun dibelasah dan disamun suspek menyebabkan dia mengalami bengkak pada dahi serta kehilangan dokumen peribadi serta wang tunai RM400.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: