Bumi Itu Rata, Suhaimi Inteam Terima Ugutan Bunuh

Bumi Itu Rata, Suhaimi Inteam Terima Ugutan Bunuh

Sharing is caring!

Sebelum ini Suhaimi mencetuskan kontroversi dengan tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin untuk anak dan percaya bentuk bumi adalah rata.

Terbaru, Suhaimi mendedahkan dia ada menerima ugutan bunuh daripada individu yang menggunakan akaun bernama Hakimi Mohamad di laman sosial Facebook.

Berdasarkan komen itu, individu tersebut mahu memenggal kepala Suhaimi menerusi rakaman secara langsung sekiranya penyanyi kontroversi itu tidak bertaubat.

Bagaimanapun, laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan itu.

“Ia adalah jenayah berat. Berpada-padalah dalam menulis komen. Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga memakan diri.

“Saya dan isteri sudah buat laporan polis terhadap ugutan bunuh itu di Balai Polis Kota Bharu petang semalam.

“Siasatan sedang dijalankan dan doakan yang baik-baik,” katanya.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: