Liga Juara AFC 2019 : Perak Bakal Lakar Sejarah?

Liga Juara AFC 2019 : Perak Bakal Lakar Sejarah?

Sharing is caring!

Hari ini satu sejarah bakal tercipta jika Perak mampu mengalahkan Ulsan Hyundai dalam pertemuan play off pusingan ketiga Liga Juara-Juara AFC 2019.

Bagi Perak, ini merupakan pengalaman baharu untuk bersaing di peringkat tertinggi bolasepak Asia, dengan kali terakhir adalah pada tahun 2007-2008 ketika mewakili Malaysia dalam Piala AFC.

Namun lawan yang bakal ditentang bukan calang calang pasukan, Ulsan Hyundai yang kini merupakan pesaing dalam liga utama Korea;K-League.

Sememangnya ketara jurang perbezaan yang besar antara Perak dan Ulsan jika dibandingkan dari segi raking kelab dan keupayaan pemain yang dimiliki. Ulsan bekas juara 2012 dan sering beraksi dalm kempen Liga Juara-Juara AFC sejak beberapa tahun kebelangan ini, dan mereka juga berada di kedudukan ketiga Liga Korea tahun lepas.

Ternyata bagi musim 2019, Ulsan Hyundai telah membuat persediaan begitu rapi dengan pembelian nama-nama besar bolasepak dunia seperti bekas pemain tengah Cardiff City yang dipinjamkan iaitu Kim Bo-young.

Selain itu pemain kebangsaan Korea, Yun Young-sun dari Seongnam, bersama dengan tonggak Belanda, Dave Bulthuis yang dibawa masuk dari SC Heerenveen juga membuktikan keseriusan Ulsan untuk cabaran musim ini.

Ulsan Hyundai pernah menjadi juara Liga Juara AFC pada tahun 2012

Pernah menjuarai piala Liga Juara-Juara AFC tahun 2012, Ulsan pasti berada dalam kelas tersendiri berbanding Perak, namun berbekal semangat dan komitmen jitu para pemain dan barisan kejurulatihan, penyokong pasti mengharapkan keputusan positif mampu dicapai skuad The Bos Gaurus dalam kempen kali ini.

Tiada apa yang perlu dirisaukan Perak melainkan prestasi semasa mereka sendiri. Untuk berada dalam saingan sebegini sahaja merupakan pencapaian yang amat besar dan sekiranya mempu menewaskan Ulsan ia merupakan satu bonus kepada Perak. Cabaran lain adalah perbezaan cuaca dengan suhu purata ketika ini sekitar 8°C di Ulsan.

Perak juga ada kelebihan dengan liga korea masih belum bermula semestinya Ulsan kurang perlawanan kompetitif. Kemenangan ke atas Ulsan, Perak akan berada dalam kumpulan H untuk bersaing dengan kelab-kelab gergasi Asia seperti Shanghai SIPG, Sydney FC dan Kawasaki Frontale.

Pemain Perak khususnya import perlu menampilkan persembahan lebih mantap berbanding pertemuan dengan Kitchee lalu

Pertemuan hari ini akan berlangsung di Stadium Bolasepak Ulsan Munsu, Ulsan, Korea dengan sepakmula pada pukul 6.30 petang waktu tempatan.

Ayuh team Perak!!!! Kitchee pun boleh tumpo, tak semestinya Ulsan tak boleh tersungkor…

“Untuk yobs dan yongs sekelian… walaupun game jauh nun di negara kpop, tapi semangat dan doa akan sentiasa mengiringi perjalanan skuad Perak di sana..bagi yang berkesempatan, boleh tonton live streaming dan  membawang secara positif di page2 bolasepak untuk info dan update perlawanan…namun kawal jejari anda..ingat…anda membawa nama negeri dan negara…

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: