Liga Juara Juara AFC : Pendedahan Berguna Buat Perak

Liga Juara Juara AFC : Pendedahan Berguna Buat Perak

Sharing is caring!

Ternyata jurang terlalu ketara antara Perak dan Ulsan Hyundai. Ini dibuktikan dalam perlawanan play off pusingan ketiga Liga Juara Juara AFC yang berlangsung petang semalam apabila wakil negara itu tewas 1-5 kepada kelab dari Korea Selatan itu di laman lawan..

Beberapa faktor yang memberi kesan kepada corak permainan dan persembahan Perak antaranya cuaca dan suasana saingan lawan yang berbeza tahap taktikal dan teknikal bolasepak mereka.

Perak bermula dengan kesebelasan sama seperti ketika menewaskan Kitchee SC selasa lepas Cuma perubahan dilakukan oleh Mehmet Durakovic dengan ketiadaan Brendan Gan yang cedera sewaktu latihan dan kembalinya Zack Anderson dari pergantungan.

Namun ia tidak begitu memberi impak ketara memandangkan prestasi pemain khususnya import Perak dalam saingan ini boleh dipersoalkan.

Perak bermula agak meyakinkan dan berjaya mengimbangi corak permainan Ulsan sehinggalah minit ke-23 apabila bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Kim Bo-Kyung menggerakkan serangan yang disudahkan dengan hantaran lintang Kim Tae Hwan memaksa Amirul Azhan tertampan ke gawang sendiri untuk Ulsan memimpin perlawanan 1-0.

Keputusan kekal hingga tamat separuh masa meskipun Ulsan terus mengasak. Perak juga beberapa kali mendapat peluang untuk menjaringkan gol khususnya Gilmar namun dihampakan penyudah yang cukup mengecewakan.

Bersambung babak kedua, Ulsan dilihat meningkatkan intensiti denga menampilkan aksi yang lebih kemas dan tersusun.

Pertahanan Perak yang diketua Sharul Saad kelihatan agak tertekan dan akhirnya menerima padah melepaskan dua gol hasil jaringan Mix Diskerud dalam tempoh 3 minit.

Gol ini mematikan terus sisa-sisa harapan Perak untuk mengejar jaringan.

Minit ke-70, pemain gantian Lee Dong-kyeong menjaringkan gol keempat Ulsan disusuli jaringan penyerang kelahiran Brazil, Junior Negrao pada minit ke 86 untuk melengkapkan malam gemilang Ulsan.

Perak yang kelihatan buntu sepanjang babak kedua memperolehi gol saguhati pada minit akhir perlawanan melalui Nazirul Naim (Tahniah chorr….anak Perak skor).

Tamat perlawanan Ulsan 5 – 1 Perak.

Pemain tengah Mix Diskerud (dua dari kiri) menjaringkan dua gol dalam aksi menentang Perak semalam

Berdasarkan persembahan yang ditampilkan Perak, jelas kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi Asia adalah tidak mustahil namun perlu persedian yang cukup-cukup rapi memandangkan lawan yang ditentang merupakan kelab-kelab terbaik Asia.

Faktor Kekalahan

Pemain Perak mempunyai semangat yang kuat seperti apa yang ditampilkan oleh sebilangan besar pemain khususnya pemain tempatan. Cuma yang menjadi persoalan adalah kemampuan pemain import Perak jelas berada pada tahap yang agak mengecewakan dan kelihatan tidak lebih dari pemain tempatan. Pasti keputusan akan sedikit berbeza sekiranya kita mempunyai pemain import yang lebih berkualiti.

Ketiadaan perancang bahagian tengah yang benar-benar bijak untuk mengatur gerakan serangan dan pertahanan juga menyebabkan Perak gagal menyaingi Ulsan dari awal permainan. Kualiti taktikal dan teknikal juga berbeza.

Selain itu, cuaca yang jauh berbeza juga memainkan peranan dan pastinya mana-mana pasukan dari Asia Tenggara akan sukar bermain dalam persekitaran suhu dingin sehingga mencapai 8°C.

Apa pun ini adalah satu pengalaman berharga untuk Perak dan seharusnya ia membuatkan Perak lebih bersemangat untuk kembali dalam saingan tahun hadapan. Meskipun kekalahan 5-1 dilihat agak besar namun Perak harus menjadikan ianya titik tolak kebangkitan mereka dalam aksi seterusnya.

Fokus kini terarah dalam kempen liga tempatan dengan Perak perlu sekurang-kurangnya mendapat satu Piala yang membolehkan mereka layak sekali lagi ke saingan peringkat Asia.

Tahniah Ulsan! Tahniah juga Perak, moga terus berjaya untuk masa akan datang. Perlu diingat JDT juga mengambil masa beberapa tahun untuk mencapai tahap sekarang.

“ Perak tak rugi apa-apa dalam game ni…satu pendedahan yang cukup berharga untuk pemain. Pengurusan pun harap terdedah dengan tahap sebenar pemain kita, kualiti import kita…kalu dah rope ini takkan dok diam lagi…cari ler import terpower alam semesta…pemain tempatan yang mantap..program akar umbi yang kemas…latih anak anak muda dari usia awal dengan bolasepak moden..lengkapkan fasiliti dan kemudahan..contoh boleh tengok JDT..memang la deme kaya.. tapi kelab kelab liga Thailand, liga Vietnam yang tak kaya pun ada fasiliti lengkap dengan program pembangunan yang baik…yang baik boleh ikut…dan yang paling penting…GAJI pemain jangan jadi isu…tak bayo gaji deme nak makan apa..main pun kompom macam hawor..so.. ayuh yobs dan yongs sekelian….fokus liga super…ingaatttt…Perak bukan biashe biashe…terus bagi sokongan…moga Perak terus berjaya”

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: