Berani Tarik Tali Dengan Singa? [Video]

Berani Tarik Tali Dengan Singa?

Sharing is caring!

Sebuah zoo di United Kingdom menjadi bualan hangat apabila menjalankan satu aktiviti yang mendapat kecaman ramai pihak.

Aktiviti tersebut adalah berlawan tarik tali dengan haiwan ganas dalam zoo tersebut.

Zoo Dartmoor yang terletak di barat daya England menawarkan cabaran bermain tarik tali dengan singa dan harimau dalam zoo tersebut. Pengunjung dalam kalangan dewasa sehingga kanak-kanak semuda 8 tahun dikenakan tiket untuk aktiviti tersebut hanya dengan bayaran £15.

Menurut penjaga zoo, aktiviti tersebut akan memberi manfaat kepada haiwan tersebut dari segi kesihatan dan kebajikan. Ia seolah olah memberi gambaran bahawa haiwan tersebut perlu bekerja  untuk mendapatkan makanan dan membina badan yang kuat.

Zoo Dartmoor di barat daya England

Walau bagaimanapun aktiviti tersebut mendapat kecaman dari kumpulan hak asasi haiwan yang mendakwa ia satu bentuk penganiayaan dan tiada rasa hormat terhadap haiwan.

Sumber : daily mail

Video

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: