Demam Campak Di Filipina ; Catat Lebih 130 Kematian

Demam Campak Di Filipina ; Catat Lebih 130 Kematian

Sharing is caring!

Wabak demam campak di Filipina semakin teruk, lebih 130 kematian

Lebih 130 kematian dilaporkan telah berlaku di Filipina sejak wabak demam campak melanda beberapa wilayah negara itu termasuk di Manila.

Sepanjang Januari lalu, jumlah kes demam campak dilaporkan meningkat 1000% di Manila berbanding tahun lalu dan punca utama kerana penurunan pengambilan vaksin dalam kalangan kanak-kanak.

Separuh daripada kanak-kanak yang meninggal itu berumur antara 1- 4 tahun dan sebahagian besanya tidak mengambil vaksin.

Kerajaan Filipina sedang menjalankan pemberian vaksin secara besar-besaran bagi mencegah wabak itu terus merebak.

Bimbang jika wabak itu merebak ke Sabah, kerajaan Negeri Sabah sedang mempertimbangkan untuk memberi vaksin kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kerakyatan.

Sebelum wabak ini merebak, pastikan anak anda telah divaksin.

Sumber : FB Kementrian Kesihatan Malaysia

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: