Diseret 50 Meter Selamatkan Anak [Video]

Diseret 50 Meter Selamatkan Anak [Video

Sharing is caring!

Seorang lelaki terseret kira-kira 50 meter ketika mahu menyelamatkan anak lelakinya yang berusia dua tahun apabila motosikalnya cuba dilarikan penjenayah, malam semalam.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Kejadian berlaku di hadapan kedai runcit di Cherang, Kota Bharu pada 10.10 malam, menyebabkan Suhaimi Mohd Noor, 39, cedera di belakang badan dan kaki.

Anaknya, Mohd Asyraf, 2, pula luka di muka dan kaki kanan selepas terjatuh dari motosikal jenis Yamaha 135LC itu.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai runcit berkenaan, sebelum ia tular di Facebook sejak pagi, hari ini.

Suhaimi ketika ditemui berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama anak tunggalnya singgah ke kedai runcit berkenaan untuk membeli roti sebelum pulang ke rumah.

“Kami dari Wakaf Che Yeh dan saya meninggalkan anak di raga hadapan motosikal tanpa mematikan enjin untuk membeli roti.

“Secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Wave warna merah ditunggang dua lelaki menghampiri dan pembonceng motosikal itu turun daripada motosikalnya dan cuba melarikan motosikal bersama anak sekali.

“Kejadian berlaku pantas dan tanpa berfikir panjang saya mengejarnya dan berjaya berpaut di bahagian belakang motosikal, namun terseret kira-kira 50 meter sebelum motosikal itu jatuh terbabas,” katanya ditemui di rumahnya di Cherang, hari ini.

Dia yang bekerja sendiri berkata, selepas jatuh, lelaki itu dan rakannya yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal bergelut dengannya untuk melarikan motosikal miliknya.

Namun katanya, penduduk kampung yang berada di kedai runcit membantu dan cuba menangkap dua lelaki berkenaan.

“Malangnya mereka sempat melarikan diri. Alhamdulillah motosikal saya selamat, anak juga stabil walaupun trauma dan menangis ketika dibawa pulang ke rumah,” 

Suhaimi berkata, dia dan anaknya menerima rawatan di hospital swasta di Kota Bharu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Bharu.

Video :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: