Nyaris Ditetak Penyamun Hati Kering [Video]

Nyaris Ditetak Penyamun Hati Kering

Sharing is caring!

Tular kejadian seorang lelaki dikejar sekumpulan penyamun dalam kawasan rumahnya di Bandar Kinrara, Serdang semalam.

Menurut polis, ketika kejadian lelaki tersebut baru hendak keluar rumah namun terkejut melihat sekumpulan lelaki bertindak menceroboh ke dalam kawasan rumahnya sambil menyerbu dengan membawa parang.

Akibat ketakutan, mangsa kemudiannya segera masuk kembali ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Kumpulan penyamun tersebut kemudiannya memecahkan cermin rumah dan merosakkan kenderaan di perkarangan rumah mangsa sebelum melarikan diri.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam rumah tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan merompak.

Sumber : Metro

Video

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: