Apa Dah Jadi? Perak Longlai Di Ipoh

Perak Longlai Di Ipoh

Sharing is caring!

Apa dah jadi dengan skuad liga super Perak?

Semalam berlangsung perlawanan keempat liga super 2019 antara Perak dan Felda United di Stadium Perak, Ipoh dengan keputusan yang pasti mengecewakan sebilangan besar penyokong setia skuad seladang.

Apa tidaknya, Perak memerlukan ‘ihsan’ gol penalti untuk mengikat Felda 1- 1 yang dibarisi ramai pemain muda dan ‘tiada nama’.

Cuaca dan padang sgt baik di Ipoh malam tadi dengan Perak menekan di awal permainan namun sekali lagi penyudah yang tumpul menjadi penghalang.

Felda juga kelihatan agak mengancam dan meperolehi beberapa sepakan percuma betul-betul dihadapan gawang gol Perak namun gagal disudahkan sehinggalah minit akhir babak pertama, sepakan percuma Hadin Azman berjaya memecah kebuntuan gol.

Namun secara keseluruhan perlawanan agak seimbang di separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua Perak menggandakan asakan dan akhirnya berjaya mendapatkan penalti setelah Norhakim Hassan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Felda. Gilmar yang nyata tenggelam sebelum itu berjaya menjaringkan gol menewaskan Norazlan Razali di gawang Felda.

Baki 20 minit sebelum tamat Perak mendapat beberapa peluang keemasan untuk menambah gol namun sekali lagi barisan hadapan Perak gagal khususnya pemain import yang beraksi tidak seperti diharapkan.

Tamat perlawan kekal 1-1. Perak kini mengumpul dua mata dari tiga perlawanan untuk kekal ditangga ke sepuluh liga manakala Felda tiga mata dari empat perlawanan.

“Ape dah jadi yop…main kt home pun x mampu nk menang..main xde mentaliti mcm juara Piala Malaysia..baru dengan Felda yg xde star dh sesak nafas…pemain masih lagi dengan hantaran x tepat..mudah hilang bola..taktikal mudah dibaca…import pun hilang dari radar…kejap ada kejap xtau fungsi..asyik jatuh n gaduh…harap pengurusan dapat tgk benda ni…naikkan balik semangat pemain..bwk g kem motivasi ke ape…kalo dibior main mcm ni…alamat ke liga perdana la tahun depan…jangan hampakan penyokong datang jauh2 ke stadium walau ada live…penyokong masih sayang dengan team ni cuma kena ada perubahan untuk bersaing dalam liga..dh 8 mata beza dengan kedah…apa pun yobs yongs masih menaruh harapan Perak mampu bangkit di terengganu…kalu tumpo jugak boleh dh penyokong pakat2 kena wat sesuatu…

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: