Feri Langkawi-Kuala Perlis terbakar [Video]

Feri Langkawi Terbakar [Video]

Sharing is caring!

Tular video sebuah feri membawa penumpang terbakar tidak jauh dari Jeti Kuah, Langkawi sebentar tadi. Rakaman video kebakaran itu tersebar di laman media sosial melalui beberapa penduduk tempatan.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.48 petang ini dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah feri Dragon Star 1 dan maklumat awal menyatakan terdapat mangsa yang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi telah digerakkan bersama dua bot penyelamat serta satu bot kevlar selain aset Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan berhampiran,” 

Kata beliau, kejadian berlaku berhampiran hotel The Westin Langkawi Resort & Spa, Jalan Beringin iaitu kira-kira tiga kilometer dari kawasan pantai

kesemua mangsa berjaya diselamatkan bot-bot yang berada berhampiran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Difahamkan, kebakaran bermula dari bahagian belakang enjin feri penumpang tersebut.

Video kebakaran feri langkawi :

 

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: