Hina Nabi : Masyarakat Islam Perak Bantah [Video]

Hina Nabi : Masyarakat Islam Ipoh Bantah [Video]

Sharing is caring!

Sekumpulan hampir 500 umat islam berhimpun di hadapan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam bagi menyatakan bantahan atas pembebasan seorang lelaki dalam kes menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook.

Perhimpunan bermula pukul 9 malam dengan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan IPD berkenaan terpaksa ditutup. Orang ramai berkumpul memenuhi sekitar Pejabat Pos Besar Ipoh hingga Bulatan Medan Kidd berhampiran.

Orang ramai berkumpul di hadapan IPD Ipoh semalam bagi menyuarakan bantahan berkaitan kes menghina Nabi SAW

Mereka menyatakan bantahan bagi mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap lelaki tersebut. Beberapa wakil peserta kemudiannya dilihat masuk ke dalam IPD Ipoh untuk membuat laporan.

Menurut seorang peserta, himpunan yang disertai oleh umat Islam seluruh Perak itu adalah bagi menyatakan rasa tidak puas hati apabila pelaku yang menghina Nabi Muhammad menerusi karikatur itu dibebaskan segera dengan jaminan polis.

Minggu lepas, pemilik akaun Facebook menggunakan nama Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas tiga hari ditahan.

Lelaki tersebut yang berusia 68 tahun itu sebelum ini menimbulkan kemarahan masyarakat Islam selepas memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Sumber : Utusan

Video

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: