Ibu Dari Neraka, Tinggalkan Anak Kecil Keseorangan Seminggu Untuk Berparti [Video]

Ibu Dari Neraka, Tinggalkan Anak Di R Untuk Berparti

Sharing is caring!

Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa meninggalkan anaknya di rumah selama seminggu hingga mati kebuluran selepas keluar berparti, dalam kejadian di bandar Kirov, Russia.

Mangsa ditemui oleh neneknya, Irina Plenkina.

Daily Mail melaporkan, Maria Plenkina, 21, dikatakan meninggalkan anaknya pada 13 Februari lalu dan keluar bersama rakan-rakannya hingga mangsa yang berusia tiga tahun itu terabai.

Mangsa ditemui oleh neneknya, Irina Plenkina, 47, yang secara kebetulan datang ke rumah mereka untuk memberikan hadiah sempena hari jadi cucunya itu.

Bagaimanapun, cubaan Irina untuk menyelamatkan cucunya sudah terlambat apabila mangsa disahkan mati di rumahnya sebaik ambulans dan polis tiba di rumah tempat kejadian.

Maria Plenkina, 21, meninggalkan Kristina berusia tiga tahun di rumah yang berkunci

Menurut Irina, dia sering berhubung dengan anaknya di media sosial dan sering mengatakan mereka dua beranak dalam keadaan baik.

Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, apa yang berlaku adalah di sebaliknya

apabila kanak-kanak itu ditinggalkan dan dikunci dari luar serta tidak diberi makan minum.

Suspek akan ditahan selama dua bulan untuk membolehkan siasatan dilakukan atas dakwaan melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak dengan kekejaman melampau.

Sumber : hmetro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: