Liverpool Kempunan Di Old Trafford

Liverpool Kempunan Di Old Trafford

Sharing is caring!

Manchester United gagal untuk menyekat Liverpool untuk kembali melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas hanya sekadar berkongsi mata seri 0-0 di laman sendiri, malam tadi.

Bagaimanapun perlawanan berlangsung hambar dengan kedua-dua pasukan gagal mempamerkan aksi yang terbaik.

Manchester United yang bermain tanpa ramai tonggak yang dibelenggu kecederaan, namun masih gagal diambil kesempatan oleh Liverpool yang seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengutip mata penuh.

Mereka kehilangan pemain tengah bertahan Nemanja Matic kerana kecederaan sebelum perlawanan. Seterusnya pemain tengah Sepanyol, Ander Herrera dikeluarkan pada minit ke-20 manakala Juan Mata digantikan oleh Jesse Lingard lima minit kemudian.

Lingard juga gagal menamatkan aksi hingga babak pertama berakhir apabila dia dilihat mengalami kecederaan hamstring berulang dan digantikan Alexis Sanchez.

Anak buah Juergen Klopp itu kini mengumpul 66 mata daripada 27 perlawanan manakala pesaing terdekat, Manchester City turun ke tangga kedua dengan kekurangan satu mata.

Kedudukan Liga Perdana Inggeris Semalam

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: