Wasapada Cuaca Panas

Wasapada Cuaca Panas

Sharing is caring!

Ramai yang mengeluh dengan cuaca panas ketika ini. Malah berada dalam rumah juga terasa bahangnya.

Menurut laporan, status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Antara kawasan  yang disenaraikan adalah Chuping di Perlis, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik di Kedah dan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta di Perak, Maran di Pahang, Kepong ,Kuala Lumpur dan Muar, Johor.

Data tersebut dikemaskini sehingga jam 8 pagi tadi dan status gelombang haba itu mendapat reaksi warga alam maya dengan hampir 3,000 perkongsian.

Mereka yang tinggal di daerah terlibat diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Banyakkan minum air putih untuk elak terhidrat dan kawal suhu badan serta jaga kesihatan diri.

Elakkan melakukan pembakaran tanpa sebab dan hadkan aktiviti luar khususnya anak-anak kecil.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: