Detik Cemas Ibu Selamat Anak Dari Digilis [Video]

Detik Cemas Ibu Selamat Anak Dari Digilis [Video]

Sharing is caring!

Satu rakaman video tular menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik mencemaskan apabila nyaris digilis sebuah trak selepas terjatuh daripada motosikal.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Dalam video tersebut bagaimanapun kanak-kanak itu bernasib baik sempat  diselamatkan ibunya.

Rakaman video di Goi, Nam Dinh, Vietnam itu menunjukkan seorang lelaki membawa seorang wanita dan seorang kanak-kanak menaiki motosikal.

Namun tiba-tiba motosikal itu dihimpit oleh sebuah kereta dari arah belakang menyebabkan motosikal tersebut hilang kawalan dan mereka berdua terjatuh dan berguling di tengah jalan raya.

Sebuah trak dari arah bertentangan ketika itu berselisih dan hampir menggilis kanak-kanak tersebut namun si ibu bertindak pantas apabila menarik anaknya bagi mengelak daripada digilis tayar trak yang hanya beberapa sentimeter dari tubuhnya.

Ketika kejadian, lelaki yang menunggang motosikal itu bagaimanapun tidak menyedari kejadian tersebut namun berhenti setelah mendapati ibu dan anak tersebut tiada dibelakang.

Video :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: