Pekerja Restoran Libas Ikan Atas Jalanraya [Video]

Pekerja Restoran Libas Ikan Atas Jalanraya Di Belakang Restoran [Video]

Sharing is caring!

Satu video tular di media sosial di mana seorang pekerja restoran di Kota Kemuning melibas dan membaling ikan di atas jalan raya dengan tujuan untuk mematikan ikan-ikan tersebut.

SCROLL KE BAHAGIAN BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Video tersebut telah mendapat kritikan ramai dan dikongsi oleh ribuan orang. Video viralberdurasi 58 saat itu menunjukkan pekerja mengambil ikan-ikan dari atas jalan di bahagian belakang restoran dan membaling ikan tersebut berulang kali dan didakwa bertujuan untuk mematikan ikan-ikan itu.

Rakyat Malaysia yang melihat video tersebut terus memberi kritikan, berasa sedih dengan tindakan pekerja restoran tersebut yang tidak berperikemanusiaan kepada haiwan lain dan berasa kesal dengan cara kotor untuk mematikan ikan tersebut.

Lebih menyedihkan apabila ada komen yang mengatakan itu cara biasa yang digunakan untuk mematikan ikan dalam masa yang sama mempertahankan tindakan pekerja restoran itu.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak tanda tanya mengapa penyediaan makanan dilakukan di bahagian belakang restoran dan bukannya di dapur, walaupun garis panduan sudah dijelaskan oleh majlis-majlis tempatan.

Video rakaman perbuatan kejam yang dilakukan oleh pekerja restoran tersebut telah dikongsi di Facebook pada page yang membincangkan isu-isu di Kuala Lumpur dan kemudiannya dikongsi di Facebook kumpulan masyarakat Kota Kemuning.

Penduduk di sekitar itu terkejut apabila restorang didakwa popular itu melakukan perkara terkutuk menerusi video rakaman.

Lantas, beberapa masyarakat di sana telah boikot restoran tersebut.

Salah seorang pelanggan, Peter Chung telah memberi komen bahawa restoran terbabit dilihat pernah menggunakan cara sama mematikan ikan pada masa lalu dan telah dilarang 10 tahun yang lalu.

“Kita perlu menunjukkan belas kasihan kepada pemilik restoran, mereka cuba untuk berkhidmat kepada komuniti KK Mungkin mereka menggunakan cara tradisional untuk membunuh ikan, orang yang merakam video itu harus menasihatkan pemilik terlebih dahulu sebelum menyebarkan di laman sosial. Komuniti KK mungkin kehilangan satu lagi restoran yang baik di KK, “jelasnya.

Rata-rata yang melihat video tersebut begitu marah dengan tindakan pekerja restoran tersebut.

Video libas ikan atas jalanraya :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: