Liga Super 2019 : Perak Mampu Ulang Epik Final 2018?

Liga Super 2019 : Perak Mampu Ulang Epik Final 2018?

Sharing is caring!

Malam ini bakal berlangsung perlawanan kelima liga super 2019 menemukan Terengganu (TFC) dan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Ramai pemerhati dan peminat bolasepak di Malaysia ternanti-nanti pertemuan ini kerana ia ibarat ulangan final epik Piala Malaysia 2018 tahun lepas.

Apakah TFC mampu untuk membalas dendam kekalahan perit mereka di Shah Alam tempoh hari? Atau anak buah Mehmet Durakovic akan membuat sang penyu terus menangis di laman sendiri.

Untuk Perak, pasti tumpuan lebih ke arah prestasi pemain import mereka yang sehingga kini mutu persembahan mereka masih dibawah tahap sebenar. Kritikan demi kritikan dilemparkan peminat khususnya penyokong setia skuad yop yang mendesak sesuatu dilakukan oleh pihak pengurusan untuk menagtasi masalah prestasi import yang merudum.

Perak mempunyai ramai pemain tempatan yang berkualiti dan adalah sangat merugikan jika mutu permainan menjadi hancur dengan sebab persembahan mengecewakan dari pemain import. Dalam beberapa perlawanan sebelumnya perkara ini jelas dapat dilihat dan penyokong mempunyai sebab untuk ‘bising’.

Dalam pertemuan ini, Perak harus menguatkan bahagian tengah kerana diketahui TFC mempunyai ramai pemain yang kreatif di tengah dengan corak serangan yang sangat tersusun. Mereka juga baharu saja seri dengan JDT dan menewaskan Kuala Lumpur dalam dua perlawanan terakhir liga. Irfan Bakti pasti ada ramuan hebat dan telah merangka strategi ampuh untuk misi balas dendam mereka kali ini.

Mampukah Perak mengulangi aksi final tempohari?Pemain sahaja yang mampu menjawabnya

Perak perlu menang perlawanan ini kerana jarak lapan mata dengan pendahulu, Kedah bukan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Kedudukan ke-10 dengan dua mata dikutip bukan seharusnya prestasi sebuah pasukan bergelar Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super 2018.

Peminat masih mengharapkan kepulangan Brendan Gan dan Nasir Basharudin untuk memantapkan bahagian tengah. Leandro masih perlu memantapkan permainan dan mengurangkan aksi-aksi keras dan provokatif dengan pihak lawan. Pertahanan mungkin tiada masalah meskipun Zac Anderson masih dengan persembahan yoyo…manakala serangan Gilmar dan Wander Luiz diharap mampu menampilkan persembahan berkualiti setaraf gaji yang diperolehi.

Perak masih menanti kelibat Brendan Gan untuk menambah sengat dibahagian tengah

 “Harap takde aksi bodoh dari import Perak macam yang jadi time final ritu..seronok macam mana sekali pun perbuatan meraikan jaringan dengan gaya menghina adalah salah dari segi etika..raikan lah dengan cara apa sekalipun tapi dijaga batas sebagai pemain professional..

Jika keputusan kali ni negatif dengan kata lain tumpo di Kuala Terengganu, pengurusan kena bersedia dengan serangan dan bawangan dari netizen Perak, pengurusan seharusnya tidak melatah jika ia berlaku kerana penyokong sebenarnya sayang dengan team dan ini adalah cara mereka meluahkan isi hati…

Apapun yobs dan yongs masih menaruh harapan untuk sang seladang kembali bangkit dari tidur untuk buat penyu menangis buat kali kedua..moh kite terus beri sokongan padu pada team kite…”

*Tiada live di tv…Live di IFLIX saja…jangan mara aa…

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: