Pasangan Kanibal Perap Daging Manusia Untuk Jamu Selera

Pasangan Kanibal Perap Daging Manusia Untuk Jamu Selera

Sharing is caring!

Sepasang suami isteri layak digelar kanibal apabila disyaki telah membunuh lebih 30 mangsa dan memakan daging mangsa sejak 11 tahun dulu.

Natalia Baksheeva, 42, dan suaminya Dmitry Baksheeva, 35, dijatuhi hukuman penjara 10 oleh Mahkamah Daerah Prikubansky di Rusia kerana membunuh dan memakan seorang pelayan wanita dan 30 mangsa yang lain.

Dipercayai organ manusia diperap untuk dimakan

Mayat mangsa yang berusia 35 tahun itu ditemui dalam keadaan telah siap diperap untuk dimakan. Laporan turut menyatakan bahawa pasangan itu telah membunuh dan memakan 30 orang mangsa serta turut menyimpan daging anjing dan kucing.

Hasil siasatan mendapati Natalia cemburu lantas memaksa suaminya membunuh wanita itu. Selepas membunuh mangsa, Dmitry mengerat dan berswafoto dengan mayat mangsa.

 

Dalam satu kenyataan dalam kes mahkamah, Natalia mengaku menyuruh suaminya membekukan semua mangsa termasuk pelayan wanita berkenaan.

Mereka dikatakan mencari mangsa di laman temu janji dan menjual daging di akademi tentera di mana mereka tinggal.

Kes mahkamah terhadap Baksheeva di Rusia setakat ini mempunyai bukti kukuh apabila pihak berkuasa menemui sisa daging mangsa pelayan yang disembelihnya, di dalam kuali dan peti sejuk dapur mereka.

Rahsia ini terbongkar apabila Dmitry kehilangan telefon bimbitnya yang kemudian dijumpai seorang pekerja pada September 2017 menyebabkan mereka ditahan.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: